Tuesday, December 25, 2007

PERBANKAN ISLAM

Kesedaran umat Islam sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara Islam lain telah wujud kearah melaksanakan sepenuhnya prinsip-prinsip ekonomi Islam. Bidang yang paling di utamakan ialah bidang perbankan atau kewangan memandangkan umat Islam kini banyak terlibat dengan masalah Riba.

Sistem Perbankan di Malaysia umumnya boleh di bahagikan kepada 2:
i) Perbankan Konvensional
ii) Perbankan Islam

Perbankan Islam

Penubuhan Bank Islam di negara kita adalah berkait rapat dengan kesedaran para ulamak fekah dan ahli-ahli ekonomi islam di seluruh dunia terutamanya di Asia Barat bagi menubuhkan bank perdagangan Islam yang berlandaskan hukum syarak.
Langkah penubuhan sistem perbankan Islam di Malaysia pada tahun 1982 merupakan satu langkah bijak dan positif bagi menyelamatkan umat Islam dari terus mengamalkan riba sama ada secara sedar ataupun tidak. Matlamat utama penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad ialah:
i) Untuk menjalankan operasi sebagai sebuah bank perdagangan yang menjalankan urusan perbankan berlandaskan kepada hukum-hukum syarak.
ii) Untuk menyediakan kemudahan dan khidmat bank kepada semua umat islam dan rakyat di Malaysia secara keseluruhannya.

Operasi Bank Islam Malaysia Berhad adalah berpegang kepada prinsip “Mu’amalah Urusan Bank & Kewangan Tanpa Riba”. Bank Islam juga mengutamakan amalan berkongsi untung-rugi yang lebih menjamin keadilan sosial dalam pengagihan untung-rugi kepada penyimpan peminjam dan pemilik saham bank.

No comments: