Tuesday, December 25, 2007

GADAIAN ISLAM

Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan Ar-Rahnu. Maksudnya ialah meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu. Ringkasnya, gadaian merujuk kepada harta yang di jadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk melunaskan hutangnya apabila tidak berkemampuan untuk melakukan pembayaran oleh pihak yang berhutang mengikut ketentuan syarak. Kata Gadaian dalam bahasa Inggeris dinamakan sebagai Mortage dan Pawn. Ia secara umum membawa maksud cagaran yang diserahkan oleh pemimjam kepada yang memberi pinjam untuk jangka masa yang tertentu. Hukum Gadaian adalah harus. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud:

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).”

Di sini jelas menunjukkan bahawa institusi kewangan Islam tidak memisahkan antara faktor ibadah khusus iaitu fardhu ain dan faktor ibadah umum iaitu fardhu kifayah. Malah Islam menyepadukan kedua-duanya dalam satu ikatan yang erat dan padu. Institusi Kewangan Islam berfungsi membangunkan aspek kerohanian manusia dengan serentak dengan aspek kebendaan.

Gadaian dalam konteks negara kita Malaysia telah diamalkan sejak abad ke-15 lagi iaitu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia diperkenalkan oleh pedagang-pedagang China yang melakukunnya secara rahsia di kalangan jiran, sahabat dan keluarga. Pada zaman penjajahan Inggeris, pajak gadai berlesen telah diperkenalkan dan undang-undang pajak gadai baru telah dikuatkuasakan pada bulan Jun 1973.

RUKUN GADAIAN

Gadaian dalam Islam mempunyai 5 rukun iaitu:

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).
2) Hutang (Marhun Bih)
3) Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu majlis penyerahan dan penerimaan gadaian
4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
5) Barang gadaian. Terdiri dari barang-barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.

SYARAT GADAIAN

Berikut adalah syarat-syarat gadaian:

a) Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan)
b) Orang yang menggadai (Ar-Rahin) dan orang yang memegang gadaian (Al-Murtahin) hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk mentadbir harta (Mutlaq Al-Tasarruf). Oleh itu, orang yang gila atau kanak-kanak yang belum baligh tidak sah melakukan atau menerima gadaian.
c) Barang yang digadaikan (Al-Marhun) mestilah barang yang dimiliki dan boleh dijual.

Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan berkenaan gadaian, surat atau perjanjian haruslah diwujudkan untuk dijadikan bukti yang sah.




NILAI POSITIF GADAIAN

1) Membolehkan orang yang sedang kesempitan wang mendapatkannya dengan cara yang bersih dan di bolehkan oleh syarak.
2) Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya.
3) Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah dihutangkan.
4) Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang sekiranya hutng tidak dapat dilangsaikan.Memberi dorongan kepada orang yang berhutang agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang menjadi barang gadaian

1 comment:

annis mizie said...

mohon utk rujukan asignment