Tuesday, December 25, 2007

BAITULMAL

BAITULMAL
Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat islam secara terkumpul.

Sejarah Penubuhan Baitulmal
Institusi kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi. Tetapi Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.
Institusi Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak melakukan penaklukan dan menyebabkan wilayah islam berkembang dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini, harta benda yang terkumpul manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara serta-merta. Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat. Pada peringkat awalnya, perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwan.
Pada zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah berkembang dengan begitu pesat. Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga ke Afrika, Rom dan Constantinople. Sumber pendapatan Negara yang paling penting pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.

Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan daripada perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah berkembang berlipat kali ganda. Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal. Institusi Baitulmal di bawah pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era Perang Salib (1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya dalam menjana ekonomi dan membangunkan prasarana umat islam. Peranannya semakin sempit dan terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang zakat, fitrah, zakat harta dan wakaf.

3 comments:

Unknown said...

nk tnye ape beza antra baitulmal zaman Rasulullah dgn zaman skrg?

Unknown said...

Zaman rasul:
1. Simpan harta rampasan perang
2. Simpan cukai Islam sprt jizyah etc
3. Agih harta kpd org miskin

Sekarang:
-masih kekal dgn objektif asal tp Ada penambahan .
1. Bagi pembiayaan , cth pinjaman kpd Muslim or nonmuslim tanpa kadar faedah etc
2. Clearing house-uruskn prdagangan Mata Wang Dan pasaran lain dlm psrn brngan Dan pkhidmatan.

Bnyk lgi sebenarnya ..

Unknown said...

Maaf nak bertanya.... bantuan baitulmal dgn bantuan pusat zakat ni skim yg sama atau berlainan...ape perbezaan nya