Monday, December 24, 2007

PENGENALAN

Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh. kesempurnaan agama islam bukan sekadar pada nama malah turut meliputi semua aspek kehidupan umatnya termasuklah ekonomi. Dalam blog ini kami akan membincangkan tentang konsep ekonomi dalam islam dengan lebih lanjut dan mendalam.

Ekonomi dalam islam mementingkan konsep muamalat iaitu satu sistem yang mengatur perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan hidup masing-masing dan berlandaskan syariat islam. Muamalat dalam islam lebih menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan terutama ekonomi dan sosial .


Syariat islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta kekayaan merupakan amanah Allah kepada manusia, oleh yang demikian wajar bagi manusia untuk menggunakan harta berkenaan ke jalan yang diredai Allah iaitu berlandaskan hukum syarak. Halal dan haram perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya kerana ianya penting untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia dan akhirat kelak





Urusan jual beli, perdagangan , perusahaan , dan sunber-sumber ekonomi yang lain seperti pertanian hendaklah dari sumber yang baik kerana ianya penting untuk menjamin kesucian dan kemajuan ekonomi umat islam agar mantap, stabil, dan berterusan demi memartabatkan umat islam sebagai umat yang terbaik .

Sebagai kesimpulannya, dalam mencapai kemajuan dan kesejahteraan hidup umat islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mancukupi, kemahiran yang berguna, kebendaan dan pegangan agama yang kukuh untuk membina masyarakat islam yang mantap dari aspek rohani dan jasmani .


Firman Allah :

‘Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba “
Surah Ali Imran ayat 85.

No comments: