Tuesday, December 25, 2007

PRODUK KEWANGAN ISLAM

Berikut adalah produk kewangan islam yang utama :

SIMPANAN

Simpanan dalam bahasa Arab dipaggil sebagai Al-Wadi’ah. Dari segi istilah, simpanan bermaksud harta yang diserahkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya dijaga atau diuruskan dan dipulangkan kepada tuannya apabila cukup tempoh atau dituntut oleh tuannya. Dalam konteks semasa, urusan penyimpanan telah diambil alih oleh pihak bank.

Wadi’ah dari segi hukumnya adalah harus. Simpanan hendaklah dianggap oleh pihak penyimpan sebagai barang amanah. Dalil keharusan simpanan jelas dalam Firman Allah (s.w.t) dalam surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud: “Maka hendaklah orang yang berhutang dan dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya”.

KEPENTINGAN SIMPANAN

Simpanan (Al-Wadi’ah) mempunyai beberapa kepentingan yang tertentu. Antaranya ialah:
Membantu umat islam dalam urusan penyimpanan harta bagi menjamin keselamatannya. Ganjaran yang besar di sisi Allah (s.w.t) kepada mereka yang sanggup memegang amanah penyimpanan harta orang lain dengan betul.
Memberi peluang kepada tuan punya harta merasa tenang dan aman lantaran hartanya dijamin dari segi keselamatan.
Mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak atas dasar percaya mempercayai dan ukhwah islamiyyah.
Menaiktambahkan ekonomi umat islam yang antara objektifnya menjaga kepentingan individu dan masyarakat secara serentak.

PINJAMAN

Istilah pinjaman dalam bahasa Arab dinamakan sebagai ‘ariyah. Dari segi istilah pinjaman bermaksud memberikan manfaat sesuatu benda yang halal kepada orang lain dengan tidak menjejaskan atau merosakkan zat (hakikat) benda itu supaya dapat dikembalikan kepada pemiliknya. Manusia secara semulajadinya mempunyai kemahuan untuk mendapatkan sesuatu tetapi kadang kala mereka tidak mempunyai keupayaan untuk memilikinya. Justeru, Islam mengharuskan manusia berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati dengan kaedah pinjaman.







KEPENTINGAN PINJAMAN

Dalam hal-hal yang tertentu, manusia terdesak untuk membuat pinjaman sama ada dari segi kewangan ataupun barangan. Pinjaman mempunyai fungsi yang penting dalam kehidupan manusia. Antara kepentingannya ialah:
Menyemai rasa tanggungjawab sesama umat islam dan menggalakkan semangat bantu membantu antara umat islam supaya beban mereka yang berada dalam kesusahan dapat diringankan.
Menghindarkan dari segi perbuatan yang buruk seperti mencuri dan meragut barang atau harta kepunyaan orang lain.
Mewujudkan keamanan dalam masyarakat dengan adanya semangat kerjasama dan saling bersatu dalam kesukaran yang dihadapi oleh umat islam yang lain.

RUKUN PINJAMAN

Keharusan islam terhadap pinjaman ini tertakluk kepada rukun dan syarat yang tertentu.
Orang yang memberi pinjaman
Orang yang meminjam
barang yang dipinjamkan
lafaz (aqad)

SYARAT PINJAMAN

Setiap rukun pinjaman yang dinyatakan diatas mempunyai syarat-syarat yang tertentu.
a) Syarat Orang Yang Memberi Pinjaman
i. Orang tersebut mempunyai hak dan kuasa ke atas barang yang dipinjamkan.
ii. Berakal dan baligh
iii. Kerelaan sendiri
iv. Manfaat dan kegunaan barang yang dipinjamkan di bawah kekuasaannya.
v. Bersetuju dengan tujuan dan tempoh pinjaman yang dipohon oleh peminjam.

b) Syarat Orang Yang Meminjam
i. Berakal dan baligh
ii. Mengetahui dalam mengendalikan barang pinjaman dengan betul bagi tujuan keselamatan.
iii. Memulangkan barang pinjaman setelah tamat tempoh pinjaman/ perjanjian.








KESIMPULAN

Islam sebagai sistem hidup yang lengkap dan sempurna telah mengetengahkan satu bentuk ekonomi dan kewangan yang ideal demi menjamin keuntungan individu dan masyarakat secara serentak. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam secara sepenuhnya membawa kearah keamanan dan keadilan sosial. prinsip pegangan dalam ekonomi Islam ialah Allah (s.w.t) sebagai empunya mutlak segala harta kekayaan, manusia pula bertindak sebagai pihak pengusaha yang menjalankan amanah dengan baik , mengamalkan dasar terbuka, tolong-menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Pelaksanaan sistem ini lebih penting lagi menjauhkan manusia dari kemurkaan Allah (s.w.t) dan penyakit hati seperti dengki, khianat, pergaduhan dan kezaliman yang kesannya akan merugikan umat Islam sendiri secara keseluruhannya.

GADAIAN ISLAM

Perkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan Ar-Rahnu. Maksudnya ialah meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu. Ringkasnya, gadaian merujuk kepada harta yang di jadikan cagaran kerana sesuatu hutang untuk melunaskan hutangnya apabila tidak berkemampuan untuk melakukan pembayaran oleh pihak yang berhutang mengikut ketentuan syarak. Kata Gadaian dalam bahasa Inggeris dinamakan sebagai Mortage dan Pawn. Ia secara umum membawa maksud cagaran yang diserahkan oleh pemimjam kepada yang memberi pinjam untuk jangka masa yang tertentu. Hukum Gadaian adalah harus. Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud:

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang).”

Di sini jelas menunjukkan bahawa institusi kewangan Islam tidak memisahkan antara faktor ibadah khusus iaitu fardhu ain dan faktor ibadah umum iaitu fardhu kifayah. Malah Islam menyepadukan kedua-duanya dalam satu ikatan yang erat dan padu. Institusi Kewangan Islam berfungsi membangunkan aspek kerohanian manusia dengan serentak dengan aspek kebendaan.

Gadaian dalam konteks negara kita Malaysia telah diamalkan sejak abad ke-15 lagi iaitu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia diperkenalkan oleh pedagang-pedagang China yang melakukunnya secara rahsia di kalangan jiran, sahabat dan keluarga. Pada zaman penjajahan Inggeris, pajak gadai berlesen telah diperkenalkan dan undang-undang pajak gadai baru telah dikuatkuasakan pada bulan Jun 1973.

RUKUN GADAIAN

Gadaian dalam Islam mempunyai 5 rukun iaitu:

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).
2) Hutang (Marhun Bih)
3) Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu majlis penyerahan dan penerimaan gadaian
4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
5) Barang gadaian. Terdiri dari barang-barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.

SYARAT GADAIAN

Berikut adalah syarat-syarat gadaian:

a) Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan)
b) Orang yang menggadai (Ar-Rahin) dan orang yang memegang gadaian (Al-Murtahin) hendaklah terdiri daripada orang yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk mentadbir harta (Mutlaq Al-Tasarruf). Oleh itu, orang yang gila atau kanak-kanak yang belum baligh tidak sah melakukan atau menerima gadaian.
c) Barang yang digadaikan (Al-Marhun) mestilah barang yang dimiliki dan boleh dijual.

Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan berkenaan gadaian, surat atau perjanjian haruslah diwujudkan untuk dijadikan bukti yang sah.




NILAI POSITIF GADAIAN

1) Membolehkan orang yang sedang kesempitan wang mendapatkannya dengan cara yang bersih dan di bolehkan oleh syarak.
2) Menjadi jaminan bagi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya.
3) Memberi keyakinan terhadap pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah dihutangkan.
4) Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang sekiranya hutng tidak dapat dilangsaikan.Memberi dorongan kepada orang yang berhutang agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang menjadi barang gadaian

TAKAFUL MENURUT ISLAM

Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi kemungkinan malapetaka atau bencana. Usaha ini dikendalikan oleh Syarikat Takaful sebagai pengusaha melalui skim dan pelan takuful yang disusun dengan berlandaskan hukum-hukum syariat. Usaha bagi mewujudkan kerjasama dan lindung-melindungi ini selari dengan tuntutan Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.
Perjanjian antara Syarikat Takaful dengan peserta adalah perjanjian Al-Mudharabah. Syarikat Takaful bertindak sebagai Al-Mudharib iaitu bagi pihak Pengusaha yang menerima wang caruman peserta-peserta bagi menguruskan skim dan pelan takaful, membuat pelaburan dan urusan-urusan takaful yang disusun berlandaskan hokum tang berkaitan dengannya. Sementara itu, peserta pula bertindak sebagai Sahib Al-Mal (pemilik harta) yang menyerahkan wang caruman (Ra’is Al-Mal) mereka untuk diuruskan dalam skim dan pelan takaful serta membuat pelaburan. Perjanjian pelan takaful tersebut menerangkan dengan jelas beberapa perkara.
Antaranya ialah:

a) Pembahagian keuntungan dari perjalanan skim dan pelan takaful antara Syarikat Takaful (Pengusaha) dan peserta (pemilik) harta secara betul.
b) Cara bagaimana Syarikat Takaful menggunakan wang caruman peserta untuk ditadbir dan dilabur dan sebahagiannya disumbangkan bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.
c) Penjelasan tentang hak-hak peserta serta syarat dengan perlindungan yang diberi dan berhubung dengan apa-apa manfaat yang akan mereka perolehi daripada skim dan pelan berkenaan.
Jenis Takaful

Terdapat 2 jenis Takaful yang boleh disediakan oleh syarikat-syarikat takaful iaitu:

i) Takaful Am
ii) Takaful Keluarga

i) Takaful Am

Takaful Am ialah sejenis perlindungan yang boleh disertai oleh orang perseorangan, syarikat, pertubuhan dan perbadanan sebagai satu ikhtiar dalam menghadapi kemungkinan berlakunya malapetaka atau bencana yang menimpa harta benda dan barang yang dimiliki oleh diri peserta seperti kebakaran atau kemalangan.

ii) Takaful Keluarga

Takaful Keluarga ialah perlindungan dalam menghadapi malapetaka kematian atau kecederaan ke atas diri seseorang peserta. Jelasnya takaful keluarga adalah satu bentuk perlindungan bagi orang perseorangan yang ingin berikhtiar dengan membuat persediaan menghadapi malapetaka dan bencana yang menimpa ke atas diri sendiri.

Penyertaan anggota masyarakat dalam skim dan pelan takaful yang selari dengan syari’at Islam adalah amat digalakkan dalam Islam sebagai satu usaha yang positifdalam menghadapi kemungkinan kesusahan atau mala petaka yang menimpa. Pihak syarikat sebagai pengusaha takaful sewajarnya memberikan kefahaman yang jelas kepada peserta berkaitan dengan terma-terma perjanjian yang dibuat sebagai langkah mengelakkan silap faham dan kezaliman.

PERBANKAN ISLAM

Kesedaran umat Islam sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara Islam lain telah wujud kearah melaksanakan sepenuhnya prinsip-prinsip ekonomi Islam. Bidang yang paling di utamakan ialah bidang perbankan atau kewangan memandangkan umat Islam kini banyak terlibat dengan masalah Riba.

Sistem Perbankan di Malaysia umumnya boleh di bahagikan kepada 2:
i) Perbankan Konvensional
ii) Perbankan Islam

Perbankan Islam

Penubuhan Bank Islam di negara kita adalah berkait rapat dengan kesedaran para ulamak fekah dan ahli-ahli ekonomi islam di seluruh dunia terutamanya di Asia Barat bagi menubuhkan bank perdagangan Islam yang berlandaskan hukum syarak.
Langkah penubuhan sistem perbankan Islam di Malaysia pada tahun 1982 merupakan satu langkah bijak dan positif bagi menyelamatkan umat Islam dari terus mengamalkan riba sama ada secara sedar ataupun tidak. Matlamat utama penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad ialah:
i) Untuk menjalankan operasi sebagai sebuah bank perdagangan yang menjalankan urusan perbankan berlandaskan kepada hukum-hukum syarak.
ii) Untuk menyediakan kemudahan dan khidmat bank kepada semua umat islam dan rakyat di Malaysia secara keseluruhannya.

Operasi Bank Islam Malaysia Berhad adalah berpegang kepada prinsip “Mu’amalah Urusan Bank & Kewangan Tanpa Riba”. Bank Islam juga mengutamakan amalan berkongsi untung-rugi yang lebih menjamin keadilan sosial dalam pengagihan untung-rugi kepada penyimpan peminjam dan pemilik saham bank.

BAITULMAL

BAITULMAL
Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat islam secara terkumpul.

Sejarah Penubuhan Baitulmal
Institusi kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi. Tetapi Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.
Institusi Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak melakukan penaklukan dan menyebabkan wilayah islam berkembang dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini, harta benda yang terkumpul manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara serta-merta. Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat. Pada peringkat awalnya, perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwan.
Pada zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah berkembang dengan begitu pesat. Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga ke Afrika, Rom dan Constantinople. Sumber pendapatan Negara yang paling penting pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.

Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan daripada perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah berkembang berlipat kali ganda. Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal. Institusi Baitulmal di bawah pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era Perang Salib (1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya dalam menjana ekonomi dan membangunkan prasarana umat islam. Peranannya semakin sempit dan terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang zakat, fitrah, zakat harta dan wakaf.

Monday, December 24, 2007

KONSEP ASAS EKONOMI ISLAM

Ekonomi dalam islam adalah berlandaskan syariat islam. Oleh yang demikian banyak nilai-nilai murni dalam agama yang diserapkan dalam konsep asas ekonomi islam ini. berikut adalah asas tersebut :

Pemilikan adalah hak Allah

Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah . Manusia hendaklah berkongsi nikmat ini dengan mewujudkan keseimbangan dan keharmonian dalam masyarakat . firmam Allah dalam surah Al Maidah ayat 17 yang bermaksud ;

Kepunyaaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya .

Islam menggalakkan umatnya agar mensyukuri nikmat kurniaan Allah iaitu dengan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah . Antara cara yang boleh digunakan untuk menunjukkan kesyukuran ialah :

· Sentiasa memikirkan kebesaran Allah kerana nikmat yang dikurniakan .
· Menggunakan nikmat dengan cara dan jalan yang betul .

· Mengagihkan nikmat yang dikurniakan kepada golongan yang memerlukan .
· Tidak kufur dengan nikmat kurniaan Allah

Kebebasan individu

Islam tidak melarang umatnya dalam mencari harta kekayaan dunia. Nabi Muhammad swt dalam satu hadisnya yang bermaksud :

Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya , dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok .

Pendidikan islam spm , siri pelangi indigo ,cetakan 2001 mukasurat 275

Daripada hadis di atas jelas menunjukkan kebebasan individu untuk mencari kekayaan dunia. Islam juga membenarkan umatnya menjalankan pelbagai bentuk ekonomi selagi ianya selari dengan apa yang digariskan dalam Al Quran dan al Sunnah.
3.ketidaksamaan ekonomi dalam batasan semulajadi

Perbezan dalam ekonomi memang wujud secara semulajadi di dunia ini . Islam adalah agama yang adil dan sememangnya tidak membiarkan perbezaan ini menjadi terlalu jauh . Kekayaan yang dimiliki oleh golongan tertentu di kongsi dengan orang lain iaitu dengan mengeluarkan zakat harta bagi yang berharta dan zakat fitrah untuk semua orang islam .


4.pengagihan kekayaan secara meluas
Islam memgagihkan kekayaan terhadap umatnya secara sekata tanpa menumpukannya kepada sesuatu kelompok masyarakat sahaja . Semua individu mempunyai hak yag sama
dalam mendapatkan kekayaan . kekayaan yang diperolehi hendaklah daripada sumber yang halal .



5. larangan terhadap kegiatan anti-sosial

Semua kegiatan ekonomi dalam islam hendaklah mementingkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat . Segala bentuk ekonomi yang mendatangkan keburukan dan bertengtangan dengan ajaran islam adalah ditegah sama sekali. sebagai contah riba,rasuah , pasaran gelap dan lain-lain lagi yang bertentangan dengan ajaran islam

PERBEZAAN PANDANGAN ANTARA ISLAM DAN BARAT.

Islam mempunyai perbezaan pandangan yang ketara dengan barat dalam mendefinisikan ekonomi. Perbezaan tersebut adalah seperti berikut .

Hubungkait dengan agama dan tuhan

Ekonomi islam mempunyai hubungan yang rapat dan terus dengan agama. Segala perlakuaan adalah berlandaskan syariat dan hukum-hukum islam. sebagai contoh umat islam ditegah dari mengambil riba kerana ianya bertentangan dengan syariat islam . Barat pula tidak mementingkan nilai-nilai agama menyebabkan agama dipinggirkan secara terus daripada ursan-urusan dunia.Dalam aspek ekonomi,sebarang cara dibenarkan kerana tiada panduan dan bimbingan daripada agama . Islam menekankan konsep keredaan tuhan manakala barat sebaliknya .

Keadilan dalam urusan dan sosial

Islam mementingkan keadilan dalam ekonomi . Semua orang tidak kira islam ataupun tidak dilayan dengan adil dan tiada dasar diskriminasi diamalkan. Peluang yang sekata ini mewujudkan persaingan yang sihat antara peniaga dan ini akan meningkatkan lagi taraf ekonomi Negara islam dan dalam masa yang sama mengelakkan berlakunya kekecohan dan permusuhan kerana tidak puas hati terhadap pemerintah . Barat pula mementingkan keuntungan semata-mata dan ini mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan. Hal ini menjadikan ekonomi barat tidak seimbang dan tidak sesuai untuk diamalkan.Muamalat yang diamalkan oleh islam juga membuktikan bahawa islam adalah agama yamg adil dalam urusan berkaitan sosial dan masyarakat

keseimbangan dalam masyarakat

Ekonomi islam merupakan platform yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang cemerlang . Hal ini adalah kerana ahli-ahli ekonomi memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengkritik dalam masyarakat . Pengaruh daripada ahli-ahli ekonomi ini mampu digunakan untuk menggerakkan masyarakat . Barat pula tidak menggunakan pendekatan ini dalam menstabilkan masyarakat.

Landasan yang berkesan untuk menyebarkan agama Allah

Ahli-ahli ekonomi islam boleh menggunakan ekonomi dalam urusan penyebaran dakwah iaitu dengan mempamerkan aklak yang baik Dengan cara ini golongan bukan islam akan tertarik untuk mendekati islam . Manakala dalam masyarakat islam sendiri ianya membolehkan syariat islam diamalkan dengan meluas. Barat mengasingkan urusan agama dengan ekonomi dan ini menyukarkan agama unuk disebarkan dan dalam masa yang sama mengundang persaingan yang tidak sihat dalam ekonomi contohnya rasuah dan penindasan .

Garis panduan yang tetap dan anjal

Islam telah menggariskan panduan yang tetap dan anjal dalam urusan ekonomi . hukum-hukum dan fatwa menjadi panduan dalam kehidupan umat islam . Segala persoalan dan masalah akan dirujuk kepada hukum yang telah ditetapkan ini dan ini memudahkan urusan umt islam . Sebagai contah hukum yang ditetapkan oleh islam berkaitan dengan arak . Orang islam diharamkan daripada menjual arak tetapi bagaimana pula dengan pasaraya yang menjual arak dan pekerjanya adalah islam ? . Di sini islam memberikan kelonggaran kepada umat islam untuk berurusan walaupun menjual arak itu adalah haram . Nabi Muhammad s.w.t pernah bersabda dalam satu hadis baginda iaitu ;
Pada tahun pembukaan kota Mekkah , sedang dia berada di Makkah bahawa Allah dan rasulnya mengharamkan jual beli arak ,bangkai,babi dan berhala .
Dari jabir ra.
Garis panduan dalam islam adalah berlandaskan sayriat dan hukum-huum islam .

Masyarakat barat tidak memiliki undang-undang dan garis panduan yang tetap . Undang-undang yang dihasilkan juga hanya berlandaskan logik akal dan mengutamakan kepentingan sesetengah pihak . Undang-undang barat juga bebas dan tiada sebarang larangan . Sebagai contah undang-undang kapitalisme yang memeng terkenal dengan dasar penindasannya. .

Daripada perbezaan di atas dapat disimpulkan bahawa ekonomi islam jauh lebih baik berbanding barat kerana ianya lebih teratur dan tersusun . Ekonomi islam juga mempunyai garis panduan yang lengkap . Hubungkait antara ekonomi dan agama juga jelas ditunjukkkan .